
so , korg nak rate berapa untuk drama nie ?? syue mau bagi sebanyak yg bule #gediks.daa.. :)
anyway , dorg nie nmpk mcm sgt comells , #auww ..
cube meng-imaginekan diri menjadi heroine n duduk di sebelah Zikir #OmaiGod!
bule tak u olls imagine an nie ?? kihkih
korg mmg 'hubby n wifey' yg sgt cute n adorable .. :)
Luv2 byk tok Zikir @ Adi Putra .. #LIKEs!
Lakonan Dhia teramat real rsenye , especially , time dye 'mati' last scene tu .. :)
so , jom layan sekejap sinopsis Gemersik Kalbu yg akan menanti anda untuk menjadi kan drama rantaian nie hits seperti Tentang Dhia .. hehe #mcm.kat.klaz.BM.plak.. hehe
Mengenai kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.
Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Rindu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan